LAWATAN PPK KOTA TINGGI KE LADANG BUKIT BUJANG DAN KILANG BUKIT BUJANG PPNJ, SEGAMAT.

14 Februari 2017 – Pertubuhan Peladang Negeri Johor menerima lawatan daripada Ahli Jemaah Pengarah dan Pengurusan PPK Kota Tinggi pada 12 Februari 2017 dan 14 Februari 2017. Dengan mengekalkan hubungan baik antara PPNJ dan PPK seluruh negeri Johor, PPNJ sentiasa berbesar hati menerima kunjungan dari semua PPK secara amnya. Rombongan seramai 30 orang itu telah dibawa melawat ke Kilang Pemprosesan Ayam PPNJ Poultry & Meat Sdn Bhd dan Kilang Memproses Makanan (Jus) di Machap pada 12 Februari 2017. Ahli rombongan diberi taklimat sebelum melihat sendiri operasi kilang-kilang tersebut.
Pada 14 Februari, Ahli rombongan yang diketuai oleh Tuan Haji Wan Azis bin Wan Mohamad bersama AJP dan Pengurusan PPK melawat ke Ladang Bukit Bujang PPNJ bagi melihat lebih dekat Program Integrasi Lembu dan Rusa yang diusahakan oleh PPNJ. Ahli rombongan diberikan taklimat sebelum melawat ke tapak Projek bagi melihat dengan lebih dekat. Selepas itu, ahli rombongan dibawa ke Kilang PKC (Palm Kernel Cake) PPNJ yang terletak di kawasan Kilang Sawit Bukit Bujang. Taklimat diberikan oleh Pengurus Kilang, Encik Nadaran dan melihat proses sehingga PKC dihasilkan. Lawatan berakhir pada pukul 4.30 petang.