MAJLIS PENGHARGAAN PETUGAS MAHA & PROGRAM KECERGASAN DAN KECEMERLANGAN AGRO JOHOR 2016

20 Februari 2017 - Majlis Penghargaan Petugas MAHA & Program Kecergasan dan Kecemerlangan Agro Johor 2016 berlangsung pada 20 Februari 2017 di Grand Ballroom Berjaya Waterfront , Johor Bahru. Seramai 500 orang Petugas MAHA dan Peserta Program Kecergasan dan Kecemerlangan Agro Johor 2016 dari pelabagai jabatan / agensi yang bernaung dibawah program Agro Johor telah hadir bagi memeriahkan majlis yang dirasmikan oleh YB Tuan Haji Ismail bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Johor. PPNJ menghantar 40 orang bagi menghadiri majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan Tarian Zapin Selamat Datang Oleh pelajar SK Permas Jaya 1 dengan 8 orang penari, dituruti dengan bacaan doa dan nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Negaraku. Majlis diteruskan dengan Ucapan Aluan oleh Encik Ahmad Kamil bin Mohd Yunos, Pengarah Pertanian Negeri Johor dan seterusnya ucapan Perasmian oleh YB Tuan Haji Ismail bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Johor.

Majlis diteruskan dengan Upacara Penyampaian Sijil Pengahrgaan kepada semua Jabatan / Agensi yang terlibat dalam MAHA 2016 dan Pemenang bagi acara-acara yang dipertandingkan di dalam Program Kecergasan dan Kecemerlangan Agro Johor 2016. KEJORA dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dan Kontinjen PPNJ mendapat tempat kedua hanya kurang 1 mata berbanding Juara. Tahniah kepada Kejora. Majlis berakhir pada pukul 4.30 petang.