Photos


MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI RUSMIN BIN JUWAHIR DI LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

20 Februari 2017 - Majlis Persaraan Tuan Haji Rusmin bin Juwahir sebagai Anggota Lembaga Pertubuhan Peladang telah berlangsung pada 26 Februari 2017 di Wisma Peladang. Majlis ini dilangsungkan adalah bagi mengenang jasa Tuan Haji Rusmin bin Juwahir sebagai seorang penjawat awam yang mula berkhidmat pada 20 Julai 1978. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor, Tuan Haji Abdul Jalil bin Bukhairah.

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa selamat Oleh Encik Ruslee bin Mahmood. Majlis diteruskan dengan Ucapan Aluan daripada Tuan Haji Abdul Jalil bin Bukhairah, Pengarah LPP Negeri Johor dan seterusnya Ucapan Tuan Haji Rusmin bin Juwahir sebagai Anggota yang diraikan dalam majlis tersebut. Penyampaian hadiah penghargaan kepada Tuan Haji Rusmin bin Juwahir disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Jalil bin Bukhairah diiringi oleh Tuan Haji Zulkafli bin Mat Rani , Timbalan Pengurus Besar Operas Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.