Photos


PERHIMPUNAN BULANAN STAF BAGI BULAN MAC 2017

Perhimpunan Bulanan Staf Bagi Bulan Mac 2017 telah berlangsung di Bilik Latihan Wisma Peladang pada 1 Mac 2017 jam 8.30 pagi.

Cik Nurul Fadzidah binti Fadzil sebagai pengerusi majlis. Bacaan Doa dibacakan oleh Tuan Haji Nizam bin Jemadi. Aturcara utama perhimpunan adalah mendengar amanat dari Pengurus Besar PPNJ, Tuan Haji Rusmin bin Juwahir. Selain itu, Penyampaian hadiah bagi staf yang menyambut kelahiran pada bulan Mac turut dilangsungkan. Aturcara kemuncak adalah pengumuman Anugerah Pekerja Cemerlang bagi bulan Februari 2017 yang disandang oleh Puan Maszety binti Mat Saat, Junior Eksekutif Kanan Kilang Sawit Bukit Bujang PPNJ. Sesi bergambar bersama Pengurus Besar PPNJ mengakhiri Majlis Perhimpunan Bulanan Staf bagi Bulan Februari.