Photos


LAWATAN PPK KINABALU KE PPNJ

13 Disember 2017 – Pertubuhan Peladang Negeri Johor menerima lawatan daripada Ahli Jemaah Pengarah dan Pengurusan PPK Kinabalu, Sabah. Dengan mengekalkan hubungan baik antara PPNJ dan PPK seluruh negara, PPNJ sentiasa berbesar hati menerima kunjungan dari semua PPK secara amnya. Rombongan seramai 15 orang itu telah dibawa melawat ke Wisma Peladang, dan seterusnya ke Kilang Pemprosesan Ayam PPNJ Poultry & Meat Sdn Bhd . Ahli rombongan diberi taklimat oleh Tuan Haji Rusmin bin Juwahir, Pengurus Besar PPNJ.