Photos


PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BERKELOMPOK

30 APRIL 2017 - Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Berkelompok Peringkat PPD Pontian/ Kluang adalah yang pertama diadakan dalam tahun 2017 dan diadakan di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan Ayer Baloi, Pontian. Majlis telah dihadiri oleh seramai 200 orang tetamu yang terdiri daripada Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor (LPPJ), Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ), barisan Ahli Jemaah Pengarah PPNJ dan PPK, para perwakilan PPK-PPK, PPD-PPD serta Pengurus Besar PPK-PPK. Antara PPK-PPK yang di bawah pemantauan PPD Pontian/ Kluang iaitu PPK Benut, PPK Ayer Baloi, PPK Pontian Selatan, PPK Pekan Nanas, PPK Kluang dan PPK Simpang Renggam.

23 MEI 2017 - PPD Johor Timur telah mengadakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Berkelompok yang diadakan di Dewan Taman Kota Jaya, Kota Tinggi. Majlis tersebut telah dihadiri oleh seramai 295 orang tetamu yang terdiri daripada barisan Ahli Jemaah Pengarah PPNJ dan PPK, para Ahli Perwakilan, Ketua Unit Peladang, PPD-PPD, Pengurus Besar PPK-PPK serta pengurusan LPPJ dan PPNJ. Terdapat lapan (8) buah PPK yang diletakkan di bawah pengawasan PPD Johor Timur iaitu PPK Johor Bahru Selatan, PPK Kulai, PPK Kota Tinggi Timur, PPK Endau, PPK Mersing, PPK Pengerang, PPK Johor bahru Timur dan PPK Kota Tinggi.

25 MEI 2017 - Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Berkelompok Peringkat PPD yang ketiga diadakan adalah PPD Muar/Ledang/Segamat. Majlis tersebut telah diadakan di Dataran Kg. Parit Tengah, Pt. Yusof, Muar. Seramai 250 orang tetamu telah hadir bagi menjayakan majlis tersebut yang terdiri daripada Pengurus Besar PPNJ, barisan Ahli Jemaah Pengarah PPNJ dan PPK, para Ahli Perwakilan, Ketua Unit Peladang, PPD-PPD, Pengurus Besar PPK-PPK serta pengurusan LPPJ dan PPNJ. PPD Muar/Ledang/Segamat dipertanggungjawabkan kepada lapan (8) buah PPK iaitu PPK Batu Anam, PPK Segamat, PPK Labis, PPK Ledang, PPK Bukit Gambir, PPK Pagoh, PPK Muar Selatan dan PPK Bakri.

Ketiga-tiga majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Saipolbahari bin Haji Suib, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) merangkap Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Secara dasarnya, program ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi jalinan hubungan silaturahim di antara perwakilan di PPK-PPK, Ahli-ahli Jemaah Pengarah PPNJ serta di peringkat pengurusan di LPPJ, PPNJ dan PPD.

Bagi PPD Batu Pahat, majlis tersebut akan dilaksanakan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. PPNJ mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis ini terutamanya diperingkat PPD-PPD, PPK-PPK dan LPPJ. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.