Photos


PERHIMPUNAN BULANAN STAF BAGI BULAN MEI 2017

Perhimpunan Bulanan Staf Bagi Bulan Mac 2017 telah berlangsung di Bilik Latihan Wisma Peladang pada 3 Mei 2017 jam 8.30 pagi.

Puan Maszety binti Mat Saat sebagai pengerusi majlis. Bacaan Doa dibacakan oleh Tuan Haji Nizam bin Jemadi. Aturcara utama perhimpunan adalah mendengar amanat dari Pengurus Besar PPNJ, Tuan Haji Rusmin bin Juwahir. Selain itu, Penyampaian hadiah bagi staf yang menyambut kelahiran pada bulan Mei turut dilangsungkan. Aturcara kemuncak adalah pengumuman Anugerah Pekerja Cemerlang bagi bulan April 2017 yang disandang oleh Puan Norasidah binti Ahmad, Junior Eksekutif Ladang Bukit Bujang, Segamat. Sesi bergambar bersama Pengurus Besar PPNJ mengakhiri Majlis Perhimpunan Bulanan Staf bagi Bulan Mei.