Hj. Rusmin Bin Juwahir

Pengurus Besar PPNJ

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama dalam ruangan laman sesawang PPNJ. Dikesempatan dengan ruang masa yang diberikan ini, terlebih dahulu ingin saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kerana diberi peluang bagi menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini.

Dalam mensasarkan pendapatan dan mengoptimumkan keuntungan PPNJ, disamping memperkasakan pergerakan pertubuhan peladang beberapa cabaran iaitu cabaran semasa dan cabaran yang akan datang perlu diberi perhatian serius bagi menentukan hala tuju PPNJ dapat dicapai pada tahap yang lebih maju dan berdaya saing.

Perlaksanaan Dasar Agro Makanan Negara telah menyediakan asas kukuh bagi meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada sumber pendapatan. Sektor pertanian telah mengalami transformasi dari sektor yang hanya menumpukan kepada beberapa komoditi industri utama kepada pembangunan pelbagai komoditi, khususnya industri agro makanan dan pengembangan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian.

PPNJ sedang memberi tumpuan di dalam sektor pembangunan pertanian bernilai tinggi bagi meningkatkan sumbangan nilai tambah agro makanan. Ini termasuk membangun dan mempromosi komoditi yang mempunyai harga premium. Langkah ini bertujuan mengambil peluang daripada peningkatan permintaan terhadap produk pertanian yang berkualiti dan lebih selamat di pasaran tempatan dan eksport.

Bagi menentukan kemajuan yang telah dicapai, ianya dapat di ukur melalui kestabilan aktiviti ekonomi, pertumbuhan aset yang ketara dan peningkatan dalam penglibatan secara langsung ahli dalam aktiviti yang dilaksanakan. Penambahan bilangan anggota PPNJ dari masa kesemasa juga boleh dijadikan bahan pengukur untuk menjadikan PPNJ sebagai sebuah organisasi yang mampu untuk bergerak maju.

Semuga segala hasrat dan usaha yang di lakukan sentiasa mendapat restu dari Allah S.W.T dan mencapai satu kegemilangan yang dapat membantu kepada semua pihak yang berkepentingan.

Sekian, terima kasih.