Album

Perhimpunan Bulanan Staf PPNJ – Mei 2018

Perhimpunan Bulanan Staf bagi bulan Mei telah diadakan pada 2 Mei 2018 di Wisma Peladang, Johor Bahru.

Majlis dimulakan dengan ucapan serta amanat yang disampaikan oleh Tuan Haji Rusmin bin Juwahir, Pengurus Besar PPNJ dengan menekankan beberapa perkara penting serta kata-kata semangat kepada seluruh lapisan staf PPNJ. Majlis diteruskan dengan sesi memperkenal staf baru PPNJ, antaranya ialah :

1. Encik Mohd Fauzi bin A.Gani – Penolong Pengurus GST & Percukaian.

Seluruh warga PPNJ mengucapkan selamat datang!!

Majlis juga diserikan dengan penyampaian hadiah kelahiran bagi staf yang menyambut kelahiran pada bulan Mei dan penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi bulan April 2018. Tahniah kepada saudara Dinie bin Baharin, Penyelia Tapak Semaian Machap.

Semoga diberkati Allah s.w.t .

#PPNJ
#PerhimpunanBulananMei

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *