Perhimpunan Bulanan Staf bagi bulan Julai telah diadakan pada 5 Julai 2018 di Kompleks Sejuk Beku PPNJ, Parit Sonto Ayer Hitam Johor.
Majlis dimulakan dengan ucapan serta amanat yang disampaikan oleh Tuan Haji Rusmin bin Juwahir, Pengurus Besar PPNJ dengan menekankan beberapa perkara penting serta kata-kata semangat kepada seluruh lapisan staf PPNJ. Turut hadir dalam Majlis tersebut Dato’ Seri Haji Saipolbahari bin Haji Suib, Pengerusi AJP PPNJ.
Majlis juga diserikan dengan penyampaian hadiah kelahiran bagi staf yang menyambut kelahiran pada bulan Julai dan penganugerahan Anugerah Pekerja Cemerlang bagi bulan Jun 2018. Tahniah kepada saudari Nor Faizah binti Mustafa, Eksekutif Medan Juara Sdn. Bhd.
Semoga diberkati Allah S.W.T kepada seluruh warga PPNJ dan Tahniah!
#PPNJ
#ProgresifBerdikariMakmurBersatuPadu
#PerhimpunanBulananPPNJ
Perhimpunan Bulanan Staf PPNJ – Julai 2018
05
Jul