Berita

JOM KE MAHA 2018 22NOVEMBER – 2 DISEMBER 2018

Bersediakah anda untuk hadapi gegaran MAHA 2018: Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2018! Jangan lepaskan peluang nikmati 501 menu juadah popular dari semua negeri. Dapatkan produk industri asas tani, buah-buahan, sayur-sayuran segar, anak pokok dan bunga-bungaan serta ikan dan makanan laut segar.

13 pavilion negeri akan dibuka, menampilkan identiti, kebudayaan, pameran dan juadah makanan negeri untuk disajikan kepada para pengunjung.

Nikmati juga pengalaman menyeronokkan bertani secara langsung di semua halaman seperti laman perikanan, laman nanas, laman ternakan dan sebagainya.

Ayuh kunjungi MAEPS Serdang pada 22 November hingga 2 Disember 2018!

#moa
#MAHA2018
#ourfoodourfuture
#agroteknologi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *