Album

Majlis Yasin / Tahlil dan Perhimpunan Awal Tahun 2019 PPNJ

Majlis Yasin / Tahlil dan Perhimpunan Awal Tahun 2019 PPNJ telah diadakan di PPNJ Agro Park, Kota Tinggi pada 13 Januari 2019.

Acara dimulakan dengan bacaan yasin / tahlil yang dipimpin oleh Yang Berbahagia Ustaz Dr. Azman bin Mohsin Ketua Penolong Pengarah Bahagian Zakat,Wakaf dan Baitulmal MAIJ.

Majlis diteruskan dengan Ucapan Alu-aluan oleh Yang Berusaha Encik Fairulnizam bin Maskon, Pengurus Besar PPNJ dan diikuti ucapan Perasmian daripada Yang Hormat Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad, Pengerusi AJP PPNJ.

Seterusnya acara penyampaian hadiah bagi kelahiran staf bulan Januari, Anugerah Khidmat Cemerlang bulan Disember 2018 serta Anugerah Khidmat Cemerlang Tahunan 2018.

Tahniah diucapkan kepada :
1. Encik Yazid bin Basirun ( APC Tahun 2018)
2. Puan Rohani Binti Yaacob (APC Bulan Disember 2018)

#PPNJ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *