Album

Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.2/2019.

Sessi Perhimpunan Bulanan Bil.2/2019 telah diadakan pada 31 Januari 2019 bertempat di Aras 5,Bangunan Wisma Peladang PPNJ.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Saifullah bin Salahudin dan diikuti ucapan bulanan yang disampaikan oleh Pn.Fauziah binti Mohd Yusoff, Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

Majlis diteruskan dengan amanat Pengurus Besar Encik Fairulnizam bin Maskon berkenaan perkembangan semasa kedudukan kewangan dan beberapa elemen lain mengenai halatuju PPNJ.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Bulan Februari 2019 menobatkan Encik Mohd Saufee Affendi bin Saleh,Junior Eksekutif Kanan Unit Hal Ehwal Korporat. Tidak ketinggalan majlis turut meraikan hari kelahiran staf pada bulan Februari.Tahniah kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *