Album

Majlis Amanat 2020 diadakan di Perkarangan bangunan Parit Sonto yg disempurnakan oleh Ybhg Tuan Haji Omar bin Salleh Pengerusi AJP PPNJ.

Majlis Amanat 2020 diadakan di Perkarangan bangunan Parit Sonto yg disempurnakan oleh Ybhg Tuan Haji Omar bin Salleh Pengerusi AJP PPNJ.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Pemangku Pengarah LPP Johor Ybhg Tn Hj Samsuddin bin Selamat, Barisan AJP PPNJ, Pengerusi2 dan Pengurus Besar PPK-PPK, Pegawai2 PPD,serta seluruh kakitangan PPNJ.

Tidak ketinggalan penerangan berkaitan program Pakej Ibadah Umrah dan Haji kpd yang berminat menyertai dengan faedah-faedah menarik yang disampaikan oleh Ustaz Ismail bin Mat Ali Pengarah Akademi Mutawwif Sdn Bhd.

Motif Amanat 2020 ini bertujuan memantapkan hubungan jalinan ukhuwah disamping perancangan menuju jalan perniagaan antara PPNJ serta PPK di negeri Johor. Dengan moto ‘Kearah Keuntungan Yang Kekal dan Hakiki’ mengharapkan ianya menjadi kenyataan di masa hadapan bagi sama2 merealisasikan hasrat Menteri agar bidang pertanian terus menyumbang ekonomi serta pendapatan rakyat dan negara..

Majlis turut meraikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada En.Jamaludin bin Ab Kadir Ketua Bahagian Pengurusan Risiko. Disamping itu, tidak ketinggalan meraikan anggota PPNJ yang telah bersara dari perkhidmatan di PPNJ.

#PPNJ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *