Album

Sekitar pertandingan memancing penganjuran bersama diantara PPNJ Agro Park dan Joran Bagus Sdn Bhd

Sekitar pertandingan memancing penganjuran bersama diantara PPNJ Agro Park dan Joran Bagus Sdn Bhd di Kolam PPNJ Agro Park Kota Tinggi pada 18 Januari 2020. Ini merupakan siri jelajah JBSB ke lokasi-lokasi terpilih yang diatur hingga program berakhir dipenghujung tahun.

Dengan penyertaan lebih daripada 600 pemancing dari seluruh pelusuk negara berhimpun menguji nasib bagi menggondol hadiah utama bernilai RM 10,000 tunai selain hadiah iringan lain.

Pertandingan bermula jam 2.30 petang hingga 6.00 Petang yang mempertaruhkan pelbagai spesis ikan antaranya keli,patin,rohu dan beberapa jenis ikan lain.

Siri kedua akan diadakan di tempat yang sama pada 15 Februari 2020 dengan pelbagai hadiah menarik.

Jom Ke PPNJ Agro Park Kota Tinggi Johor!

#PPNJ
#PPNJAgroPark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *