Pada 30 Januari 2020 Pengerusi bersama Barisan Ahli Jemaah Pengarah serta Pengurusan PPNJ telah membuat lawatan sambil belajar dalam menceburi bidang Kilang Tanaman Evolusi Pengeluaran Sayuran dalam persekitaran terkawal untuk dibangunkan di PPNJ Agro Park pada masa akan datang.
Kilang Tanaman Sayuran ini mempunyai potensi besar dalam pasaran didalam dan diluar negara yang menggunakan teknologi pencahayaan artifisial seperti light emitting diode (LED).Ia juga menjanjikan pengeluaran sepanjang tahun tanpa dipengaruhi oleh faktor cuaca dan persekitaran.
Semoga dengan lawatan sambil belajar ini dapat memberi impak yang positif kepada PPNJ khususnya dalam memperkukuh kapasiti perniagaan agar lebih maju pada masa akan datang.