Album

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPK Pagoh Tengah kali ke- 44

17 Julai 2023 – MUAR

PPK Pagoh telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-44 bagi tahun 2023 di Kompleks Sukan Pagoh sebentar tadi.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YH Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad Pengerusi AJP PPNJ merangkap AJP NAFAS.

Antara yang hadir di majlis tersebut ialah YBrs. Encik Amiruddin bin Bahar Pengarah LPP Negeri Johor, Barisan AJP PPNJ, Puan Masfahani binti Md Zain Timbalan PPD Muar/Tangkak/Segamat, Encik Shahrizan bin Khairudin Pengurus Besar PPNJ serta para perwakilan PPK.

PPNJ telah menyumbang sebuah pacuan 4 roda 4×4 Isuzu D-Max kepada PPK Pagoh yang disampaikan oleh YH Dato’ Haji Ali kepada Tuan Haji Abu Bakar bin Mohamad Pengerusi PPK Pagoh.

Dengan keuntungan RM1,062,946.00 pada tahun 2022 dan keahliannya seramai 3518 orang, PPK Pagoh adalah diantara PPK yang paling berjaya dalam menjalankan urusniaga Pertubuhan Peladang ketika ini. Pencapaian Saham dan Pelaburan PPK juga amat memberangsangkan dengan jumlah RM1.26 juta berakhir Disember 2022.

Di majlis berkenaan, PPK turut menyerahkan Zakat Perniagaan tahun 2022 berjumlah RM26,573.65 kepada wakil Amil Baitulmal MAIJ Daerah Muar. Selain itu juga, PPK tidak ketinggalan menyampaikan beberapa anugerah kepada ahli-ahlinya seperti Anugerah Jualan Tertinggi, Langganan Tertinggi, Saham Unit Tertinggi, PeladangMuda Teramai dan Anugerah Pelajaran Cemerlang.

Semoga PPK Pagoh terus maju jaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *