Album

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPK Parit Sulong kali ke-44

BATU PAHAT – 26 Julai 2023

PPK Parit Sulong telah mengadakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-44 bagi tahun 2023 di Dewan Orang Ramai Parit Sulong di sini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Zulkurnain bin Kamisan; ADUN Kawasan Sri Medan, Batu Pahat.

Turut hadir ialah YBhg. Encik Amiruddin bin Bahar; Pengarah LPP Negeri Johor, YBrs.Tuan Haji Mohd Zakaria bin Marsam; wakil rasmi Pengerusi AJP PPNJ, Puan Juriah binti Dahalan; PPD Batu Pahat, Barisan AJP PPNJ, Encik Zulkifli bin Naim; wakil rasmi Pengurus Besar PPNJ dan para perwakilan PPK.

Seperti sebelumnya, PPK Parit Sulong juga tidak terkecuali dalam menerima sumbangan sebuah pacuan 4 roda Isuzu D- Max seperti PPK-PPK lain. Sumbangan tersebut disampaikan oleh wakil Pengerusi PPNJ kepada Tuan Haji Khamin bin Jumiran; Pengerusi PPK Parit Sulong.

Pihak LPP turut menyampaikan peruntukan pembelian kelengkapan pejabat berkaitan bencana banjir yang melanda baru- baru ini di kawasan Parit Sulong dengan nilai RM30,000 kepada PPK.

Sumbangan Zakat Perniagaan tahun 2022 daripada PPK berjumlah RM14,839.60 turut disampaikan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor di majlis berkenaan.

Diakhirnya, PPK Parit Sulong menyantuni ahli-ahlinya dengan memyampaikan beberapa anugerah seperti Anugerah Unit Cemerlang, Jualan Input Tertinggi, Simpanan Tertinggi dan Anugerah Khas Pendidikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *