Album

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPK Rengit

27 Julai 2023 – Batu Pahat

PPK Rengit telah mengadakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan nya kali ke-51 bagi tahun 2023 di Dewan Pelajaran Pusat Perkhidmatan Pertanian Bersepadu Sungai Dulang, Rengit di sini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Y.Bhg. En. Amiruddin bin Hj. Bahar, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor, turut hadir didalam majlis tersebut ialah YBrs. Puan Zarina binti Mohamed Bain Ahli Jemaah Pengarah PPNJ, wakil rasmi Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPNJ, YBrs Puan Juriah binti Dahlan Pegawai Peladang Daerah Batu Pahat, YBrs En. Jamaludin bin Ab Kadir, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan, wakil rasmi Pengurus Besar PPNJ, barisan AJP PPNJ, barisan AJP PPK Rengit serta para perwakilan PPK.

Di majlis berkenaan, PPK telah menyerahkan Zakat Perniagaan 2022 kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor Daerah Batu Pahat berjumlah RM 31,198.53

Tidak ketinggalan, PPNJ turut menyumbang sebuah 4WD Isuzu D-Max kepada PPK yang disampaikan oleh YBrs. Puan Zarina binti Mohamed Bain kepada YBrs. Tuan Haji Ismail bin Tamjis, Pengerusi PPK Rengit. Dalam majlis ini juga PPK Rengit turut menandatangani perjanjian bersama BHPetrol Marketing S/B.

Didalam majlis ini juga PPK turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa Sekolah Kebangsaan, Sekolah Agama dan Sekolah Tahfiz di kawasan Rengit.

Sebagai pengahargaan kepada ahli-ahlinya PPK turut memberi pelbagai anugerah dan hadiah galakan seperti pelaburan saham aktif, penyimpanan aktif, ketua unit aktif, pertambahan ahli peladang muda, pemasaran BTS terbaik, langanan input terbanyak, unit pemasar kelapa sawit terbaik, unit langanan sawit teramai dan anugerah pelajar cemerlang untuk anak-anak ahli.

Moga PPK Rengit terus cemerlang di masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *