Album

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-46

MUAR – 27 Julai 2023

PPK Muar Selatan selesai menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-46 yang diadakan di

Dewan Kompleks Peladang, Sg.Sudah, Muar bermula jam 8.30 pagi.

Majlis perasmian pula diadakan kira-kira jam 11.00 pagi yang disempurnakan oleh YB Tuan Haji Selamat bin Takim yang merupakan ADUN Sg.Balang, Muar.

Antara jemputan yang hadir ialah YBrs.Tuan Haji Zaidi bin Abd Majid; wakil rasmi Pengerusi AJP PPNJ, YBrs.Encik Muhamad Sahri bin Mohamad; Timbalan Pengarah LPP wakil rasmi Pengarah LPP Negeri Johor, Puan Masfahani binti Md Zin; PPD Muar/Tangkak/Segamat, Barisan AJP PPNJ, Encik Zulkifli bin Naim; wakil rasmi Pengurus Besar PPNJ serta para perwakilan PPK.

Di majlis tersebut, PPNJ telah menyampaikan sumbangan sebuah pacuan 4 roda Isuzu D-Max kepada PPK. Sumbangan disampaikan oleh YBrs.Tuan Haji Zaidi kepada Tuan Haji Mesbah bin Yasak; Pengerusi PPK Muar Selatan.

Tidak ketinggalan, PPK turut memberi bantuan kepada 8 orang usahawannya berbentuk ‘Matching Geran’ dimana 70% ditanggung oleh LPP manakala 30% lagi oleh usahawan sendiri. Nilai sumbangan adalah sebanyak RM39,516.00.

PPK Muar Selatan turut menyampaikan anugerah seperti Anugerah Jualan BTS Tertinggi dan Jualan BTS Unit Tertinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *