Album

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung kali ke-42

BATU PAHAT – 30 Julai 2023

PPK Sri Medan telah selesai menjalankan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung kali ke-42 bagi tahun 2023 bertempat di Dewan PPK Sri Medan, sebentar tadi.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Encik Amiruddin bin Bahar; Pengarah LPP Negeri Johor.

Antara yang hadir ialah YH Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad; Pengerusi AJP PPNJ, Puan Juriah binti Dahalan; PPD Batu Pahat, Encik Jamaludin bin Ab.Kadir; Timbalan Pengurus Besar Pembangunan, wakil rasmi Pengurus Besar PPNJ serta para perwakilan PPK.

PPK Sri Medan telah melancarkan pembelian 2 buah lori baru bagi urusan pengangkutan sawit dari ladang ke kilang sawit berhampiran.

Di majlis itu juga, PPK telah menyerahkan sumbangan Zakat Perniagaan 2022 berjumlah RM67,006.70 kepada Jawatankuasa Zakat & Fitrah Negeri Johor.

Tidak ketinggalan, PPK mengalu-alukan kepada orang ramai ke Peladangmart Sri Medan bagi meraikan ‘Jualan Rahmah’ dengan harga berpatutan pelbagai produk makanan berkonsepkan jenama ‘Peladang’.

PPNJ turut berbesar hati menyumbang sebuah pacuan 4 roda Isuzu D- Max bagi kegunaan PPK. Sumbangan disampaikan oleh YH Dato’ Haji Ali kepada YBhg. Tuan Haji Mohd Zakaria bin Marsam; Pengerusi PPK Sri Medan.

Di penghujung majlis, PPK mengiktiraf ahli-ahlinya dengan menganugerahkan beberapa hadiah galakan seperti Unit Peladang Aktif, Peladang Jaya Terbaik, Belian Input Teraktif dan sebagainya.

Semoga PPK Sri Medan terus maju di masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *