Album

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PPK Mersing kali ke-45

MERSING; 31 Julai 2023

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PPK Mersing kali ke-45 telah diadakan di Dewan PPK Mersing pagi tadi.

PPK Mersing merupakan PPK terakhir daripada 29 PPK yang mengendalikan MAT masing-masing untuk tahun 2023 sebelum menghadapi MAT Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) yang dijangka diadakan pada September ini.

Majlis disempurnakan oleh YH Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad; Pengerusi AJP PPNJ merangkap AJP NAFAS. Antara tetamu lain yang hadir ialah YBhg. Encik Amiruddin bin Bahar; Pengarah LPP Negeri Johor, Barisan AJP PPNJ, Puan Kama Idayu binti Kamaruddin; PPD Johor Timur, AJP PPK Mersing, Encik Zulkifli bin Naim; wakil rasmi Pengurus Besar PPNJ dan para perwakilan PPK mewakili 13 Unit Peladang.

PPNJ melalui YH Dato’ Haji Ali telah menyampaikan replika kunci Isuzu D-max kepada YBrs.Tuan Haji Sadri bin Yusof; Pengerusi PPK Mersing sebagai sumbangan PPNJ kepada 29 PPK di negeri Johor kali ini. Begitu juga, pihak NAFAS tidak ketinggalan menyampaikan Sumbangan Pendidikan berjumlah RM5,000.00 kepada PPK.

Selain itu, PPK turut memberi penghargaan kepada ahli-ahlinya melalui beberapa anugerah seperti Unit Aktif, Penjual Sawit Setia, Rebat Langganan Tertinggi dan Anugerah Pelajaran Anak Ahli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *