16 November 2024 – Lawatan Kerja Rasmi Y.B. Dato’ Zahari Bin Sarip Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor Ke Ladang Bukit Bujang, Segamat.
.
.
Sesi lawatan ringkas ini mencerminkan komited Y.B. Dato’ Zahari Bin Sarip dalam memperkasa sektor pertanian dan memastikan kelangsungan industri asas tani demi kesejahteraan para peladang di Negeri Johor.
Lawatan ini dimulakan dengan taklimat projek ternakan lembu fidlot dan projek tanaman nanas MD2 di Ladang Bukit Bujang yang disampaikan oleh Ketua Unit Perladangan Zon Utara merangkap Pengurus Ladang Bukit Bujang PPNJ , En. Khairul Nazar Bin Othman.
Seterusnya, Pertubuhan Peladang Negeri Johor telah menerima sumbangan 2 unit traktor full rubber track dan 2 unit jentuai mini beserta peralatan serta 1 unit penuai napier daripada Lembaga Pertubuhan Peladang.
Turut hadir pada majlis ini YBhg En Amiruddin Bin Bahar Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor, Y.H. Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad Pengerusi AJP PPNJ, YBhg En Ahmad Fitri Shah Bin Yosuf Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas, YBhg Dr. Jamaliah Binti Senawi Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor, YBrs En Shahrizan Bin Khairudin Pengurus Besar PPNJ, Barisan Ahli Jemaah Pengarah PPNJ, Pegawai PPD Daerah Muar/Tangkak/Segamat, Ketua-Ketua Jabatan, Pengurusan PPNJ.
.
.
Semoga dengan sokongan dan lawatan ini dapat memberi impak positif kepada projek ternakan lembu dan tanaman Nanas PPNJ agar lebih maju dan berdaya saing di masa hadapan.