Album

lawatan AJP ke Ladang Ternakan Ayam Pedaging di TKPM Bukit Geriba

12 Februari 2025

Ayer Hitam

Barisan Ahli Jemaah Pengarah bersama Pengurus Besar PPNJ telah mengadakan lawatan ke Ladang Ternakan Ayam Pedaging di TKPM Bukit Geriba, satu inisiatif penting dalam memperkukuh industri penternakan bagi memastikan kecukupan makanan negara. Dengan peruntukan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), ladang ini dilengkapi reban ayam moden berkapasiti 60,000 ekor satu pusingan, yang mampu meningkatkan bekalan ayam segar ke pasaran.

Komitmen ini bukan sahaja menyokong kelangsungan industri penternakan, tetapi juga memastikan bekalan makanan yang berkualiti untuk masyarakat. PPNJ terus komited dalam memperkasa sektor pertanian dan penternakan demi kesejahteraan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *