Album

Majlis Amanat Tahun Baharu 2025

17 Februari 2025

Larkin Junction, Johor Bahru

Hari ini, warga Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) telah berhimpun dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 yang berlangsung di Orchid Event Space, Larkin Junction, Johor Bahru. Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.H. Dato’ Haji Ali bin Ahmad, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPNJ, yang telah menyampaikan amanat penting dalam mengorak langkah baharu bagi memperkasakan sektor pertanian dan peranan PPNJ dalam pembangunan industri pertanian khususnya di negeri Johor. Dalam majlis sama, Encik Mohd Faizal bin Hailani ; Pengurus Besar PPNJ juga menyampaikan hasrat sama demi menaikkan martabat PPNJ ke tahap yang lebih optimum. Turut hadir, Barisan Ahli Jemaah Pengarah PPNJ

Dengan semangat “Peladang Johor Maju & Sejahtera”, PPNJ komited untuk terus memperkukuhkan perkhidmatan kepada peladang, meningkatkan produktiviti, serta memperluaskan peluang dan inovasi dalam industri pertanian.

Semoga tahun 2025 menjadi tahun kejayaan buat PPNJ dan seluruh warga peladang negeri Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *