10 Mac 2025 – Batu Pahat
Majlis telah disempurnakan oleh YB Puan Hajah Haslinda binti Salleh, Adun Kawasan Tenang.
Antara yang hadir di majlis berkenaan ialah Y.H. Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad; Pengerusi AJP PPNJ, Barisan Ahli Jemaah Pengarah PPNJ, Pn. Zarina binti Mohamed Bain; Pengerusi Peladangnita Negeri Johor, Encik Zulkifli bin Naim wakil rasmi Pengurus Besar PPNJ, Pn. Juriah binti Dahalan; Pegawai Peladang Daerah Batu Pahat serta peserta-peserta dari ahli PeladangNita Negeri Johor.
Majlis dimulakan dengan Khatam Al-Quran beramai-ramai daripada peserta Peladangnita dan Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Tuan Haji Bakri bin Haji Awang; Naib Kadi Mukim 6, Daerah Batu Pahat.
Semoga majlis yang diadakan ini mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. sempena Ramadhan Al-Mubarak 1446H.





