Album

Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Ramadhan bagi tahun 2025/1446H

PPNJ telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Ramadhan bagi tahun 2025/1446H pada 18 Mac 2025 bersamaan 17 Ramadan di Surau Aras 5 dan Bilik Latihan PPNJ.

Antara jemputan yang hadir ialah Y.H.Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad dan barisan AJP PPNJ yang lain, En.Amiruddin bin Bahar; Pengarah LPP Johor, Encik Mohd Kamal Ulum bin Morsin; Pengerusi Peladang Muda Negeri Johor, Syarikat Subsidiari serta staf PPNJ.

Dimulakan dengan solat asar berjemaah yang dipimpin oleh YBhg. Ustaz Mohd Azman bin Mohsin; Dekan Sekolah Dakwah KUIJSI Johor Bahru hinggalah ke berbuka puasa, solat maghrib, solat Isyak serta Terawih beramai-ramai.

Tidak ketinggalan acara memasak bubur lambuk secara gotong royong bermula jam 3.00 petang di perkarangan lerek kenderaan berhampiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *