18 Mac 2025
PPNJ telah mengadakan Majlis Persaraan bagi menghargai jasa dan bakti En. Zainuddin Bin Jantan yang telah berkhidmat sejak tahun 2009.
Sepanjang tempoh 16 tahun ini, beliau bukan sahaja menjadi seorang pekerja yang berdedikasi tetapi juga seorang mentor dan sahabat yang banyak berkongsi ilmu serta pengalaman berharga. Sumbangan beliau dalam organisasi ini tidak ternilai dan akan sentiasa dikenang.
Kami di PPNJ amat berterima kasih atas segala usaha dan jasa yang telah dicurahkan. Kami mendoakan agar En. Zainuddin menikmati kehidupan persaraan dengan penuh kebahagiaan, kesihatan yang baik, serta keberkatan bersama keluarga tersayang.
Selamat bersara dan semoga terus sukses dalam apa jua yang diceburi selepas ini. Terima kasih, En. Zainuddin!





