15 April 2025
Ayer Hitam, Johor
Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) terus melangkah ke hadapan dalam memperkasakan sektor agroternak apabila sebanyak 58,000 ekor anak ayam (Day Old Chick) telah selamat dimasukkan ke dalam Reban Ayam Baharu PPNJ di Bukit Geriba, Ayer Hitam.
Projek ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan strategik melalui sumbangan peruntukan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di bawah Projek Program Pemerkasaan Ladang Satelit PP tahun 2023 dengan jumlah RM 3 Juta , yang bertujuan memperkukuh pembangunan sektor agromakanan dan menjana peluang ekonomi kepada peladang.
Reban moden ini akan diurus secara profesional oleh PPNJ Poultry & Meat Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat milik penuh PPNJ, yang diberi mandat untuk mengendalikan operasi penternakan ayam pedaging secara sistematik, berteknologi tinggi dan berdaya saing.
Usaha ini dijangka memberi impak langsung terhadap pengukuhan jaminan bekalan makanan, peningkatan produktiviti sektor penternakan, serta memperluaskan penglibatan peladang dalam aktiviti bernilai tambah tinggi.
PPNJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak LPP atas sokongan padu yang diberikan dalam menjayakan agenda pembangunan ini.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia





