Album

Lawatan Pemantauan Program Stok Penimbal Ayam (Stokpail) oleh Lembaga Pertubuhan Peladang

16 Mei 2025

Pada 16 Mei 2025, PPNJ Poultry & Meat Sdn. Bhd., anak syarikat kepada PPNJ, telah menerima lawatan pemantauan rasmi daripada pihak Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berkenaan pelaksanaan Program Stok Penimbal Ayam (Stokpail).

Lawatan ini bertujuan menilai pengurusan dan keberkesanan pelaksanaan stok penimbal ayam di peringkat negeri Johor serta memastikan kesiapsiagaan rantaian bekalan ayam bagi keperluan semasa dan kecemasan.

PPNJ komited memainkan peranan aktif dalam menjayakan agenda sekuriti makanan melalui kerjasama strategik bersama agensi-agensi kerajaan dan pihak berkepentingan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *