19 Mei 2025.
Minsawi Industries, Kuala Kangsar, Perak.
Lawatan kerja delegasi PPNJ ke Minsawi Industries, Kuala Kangsar, Perak ini disertai oleh YH Dato’ Haji Ali Bin Shikh Ahmad ; Pengerusi AJP PPNJ, Encik Mohd Faizal Bin Hailani ; Pengurus Besar PPNJ dan pegawai Pengurusan PPNJ.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam operasi kilang kelapa sawit dan menilai potensi aplikasi ini serta perkongsian pengetahuan teknologi.
Dalam lawatan ini delegasi di beri taklimat pengenalan, demonstrasi teknologi, lawatan tapak dan sesi perbincangan soal jawab.
Secara keseluruhannya, lawatan ini sangat memberi manfaat kepada delegasi PPNJ dalam memahami peranan kecerdasan buatan dalam mempertingkat kecekapan dan kualiti pemprosesan kelapa sawit. Teknologi AI ini berpotensi besar untuk diaplikasikan secara meluas dalam kilang PPNJ.
PPNJ merakamkan ribuan terima kasih kepada Minsawi Industries (Kuala Kangsar) terutamanya kepada Mr. Surendran (CEO) dan Mr. Yugaataran Muniandy di atas perkongsian ilmu yang bermanfaat dan kesudian menerima kunjungan dari delegasi PPNJ.





