20 Mei 2025.
Taclico Company Sdn. Bhd.
Delegasi PPNJ ke Kilang Sawit Taclico Company Sdn. Bhd. telah disambut oleh Ir. Lim Thuan Swee dan En. Khairunna’im Bin Abdul Jalil wakil Novel Dynamic Sdn. Bhd. serta pegawai.
Lawatan kerja ini disertai oleh YH Dato’ Haji Ali Bin Shikh Ahmad ; Pengerusi AJP PPNJ, Encik Mohd Faizal Bin Hailani ; Pengurus Besar PPNJ dan Pegawai Pengurusan serta Pengurus Kilang PPNJ.
Antara objektif lawatan kerja ini adalah untuk memahami sistem kilang berkecekapan tinggi (HEMS) dalam pemprosesan sawit serta menilai keberkesanan teknologi dari aspek tenaga, pengeluaran dan kelestarian.
Delegasi PPNJ telah diberi penerangan tentang prinsip HEMS termasuklah bagaimana sistem HEMS memantau dan melaras sekaligus memudahkan kerja-kerja di kilang. Perbincangan tentang ROI, kos pengelenggaraan serta cabaran dalam pelaksanaan sistem juga telah dibincangkan.
PPNJ merakamkan ribuan terima kasih kepada Taclico Company Sdn. Bhd. dan Novel Dynamic Sdn. Bhd. di atas perkongsian ilmu yang bermanfaat dan kesudian menerima kunjungan dari delegasi PPNJ.





