9–10 Jun 2025
Savanna Hill Resort
Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Stres dan Peningkatan Prestasi selama dua hari bertempat di Savanna Hill Resort. Kursus ini merupakan salah satu inisiatif pembangunan sumber manusia yang bertujuan meningkatkan tahap kesihatan mental, motivasi serta kecekapan kerja dalam kalangan warga kerja PPNJ.
Kursus ini dikendalikan oleh Tuan Zuhairi Nopiah, seorang penceramah dan jurulatih pembangunan diri yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan emosi, kepimpinan dan prestasi kerja. Pelbagai modul interaktif telah dijalankan merangkumi teknik pengurusan tekanan, keseimbangan kerja dan kehidupan (work-life balance), kawalan emosi, serta pembinaan sikap positif di tempat kerja.
Penganjuran kursus ini juga selaras dengan komitmen PPNJ dalam membentuk budaya kerja yang sihat, dinamik dan berprestasi tinggi di semua peringkat organisasi.
“Redah Gelora Jiwa, Terbit Cahaya Kejayaan” – menjadi inspirasi sepanjang kursus berlangsung, membawa semangat baharu kepada peserta dalam mendepani cabaran kerja seharian.





