Album

PERHIMPUNAN ANGGOTA PERTUBUHAN PELADANG NEGERI JOHOR BIL. 02/2025

13 Jun 2025 (Jumaat)

Wisma Peladang, Johor Bahru

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin secara berjemaah sebagai pembuka tirai program pada hari Jumaat yang mulia.

Majlis diteruskan dengan lafaz ikrar oleh anggota PPNJ bagi menonjolkan komitmen terhadap kemajuan organisasi.

Seterusnya majlis dilengkapkan dengan ucapan yang disampaikan oleh Encik Mohd Faizal bin Hailani, Pengurus Besar PPNJ, yang menekankan peranan penting setiap anggota dalam memperkukuh fungsi PPNJ serta mengangkat martabat sektor pertanian negeri Johor. Beliau juga menegaskan di dalam sesebuah kepimpinan perlu bersikap adil kepada semua anggota di dalam mengurus sesebuah organisasi. Beliau juga menegaskan “ sekiranya mampu untuk membahagiakan dua mengapa hanya perlu membahagiakan satu pihak sahaja”

Turut hadir Ybhg. En. Mohamad Fahd bin Kassim Timbalan Pengurus Besar Pembangunan.

Di akhir aturcara, majlis telah diserikan dengan sambutan hari ulangtahun kelahiran anggota PPNJ bagi bulan Januari hingga Jun dengan bersama- sama memotong kek ulangtahun.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan perhimpunan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *