Album

Program lawatan kerja Pengerusi dan barisan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ)

29 Julai 2025

Program lawatan kerja Pengerusi dan barisan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) ke Ladang Sawit PPNJ Kahang 1 dan Kilang Sawit PPNJ di Kluang. Lawatan ini bertujuan meninjau dua projek utama:

1. Projek Tanaman Semula – Melibatkan kawasan seluas 747.30 hektar yang dijangka siap pada akhir 2025.

2. Projek Biogas – Di kilang sawit PPNJ yang dijangka siap pada 2027. Projek ini bertujuan menjana tenaga boleh diperbaharui daripada sisa kelapa sawit.

Lawatan dipimpin oleh Yang Hormat Dato’ Haji Ali bin Skikh Ahmad bersama pengurusan kanan PPNJ dan turut dihadiri wakil pendaftar serta syarikat perunding Concord Group. Program ini mencerminkan komitmen PPNJ terhadap pembangunan lestari, pemprosesan cekap hasil pertanian, dan menyokong agenda ekonomi hijau Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *