Kota Kinabalu, Sabah – 3 Ogos 2025
Sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 yang berlangsung selama tiga hari bermula 1 Ogos hingga 3 Ogos 2025, Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) tidak ketinggalan menghadiri Majlis Perasmian HPPNK 2025 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.
Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, dan turut dihadiri oleh pelbagai agensi serta wakil peladang dari seluruh negara.
Kehadiran PPNJ menzahirkan komitmen dalam menyokong agenda pembangunan sektor agromakanan negara serta memperkukuh jaringan kerjasama antara negeri.
Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC)





