11 Ogos 2025
PPNJ telah menerima kunjungan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Perak dan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak ke Ladang Bukit Bujang, Segamat.
Kunjungan ini diketuai oleh Encik Mohd Shakran bin Shamsudin, Pengurus Besar PPN Perak, bersama Encik Shahmizan bin Sharuddin, Timbalan Pengurus Besar PPN Perak, serta Encik Mohamad Fazehi bin Mohamad Yunus daripada Cawangan Pembangunan LPP Negeri Perak.
Turut hadir, Encik Amiruddin bin Hj. bahar, Pengarah LPP Johor, Encik Mohd Faizal bin Hailani, Pengurus Besar PPNJ, serta barisan pengurusan PPNJ.
Lawatan dari perak ini berpeluang meninjau Projek Agromakanan PPNJ yang merangkumi ternakan lembu fidlot, tanaman nanas, tanaman kelapa matag, tanaman napier serta Kilang Memproses Isirung dan seterusnya ke Pusat Penyembelihan PPK Batu Anam.
Kunjungan ini menjadi platform perkongsian maklumat, pengalaman dan potensi kerjasama strategik antara negeri dalam memperkukuh sektor agromakanan negara.





