Album

Majlis Penyampaian Sijil Kursus Pembuatan Yogurt Nanas Peladangnita Negeri Johor

13 Ogos 2025

Aylia Event Hall, Kg. Hj. Ghaffar, Yong Peng

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Amiruddin bin Hj. Bahar, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor. Turut hadir Y.H. Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad, Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Johor, Prof Madya Ts. Dr. Faridah binti Kormin, Pengarah Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat UTHM, Barisan AJP PPNJ serta En. Mohamad Fahd bin Kassim selaku wakil rasmi Pengurus Besar PPNJ.

Pn. Zarina binti Mohamed Bain Pengerusi PeladangNita Negeri Johor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta kursus dan pihak UTHM yang menjayakan program ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan pendapatan dan memperkasa usahawan Peladangnita di negeri Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *