Album

LAWATAN KUNJUNG HORMAT PPNJ

15 Ogos 2025

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor, Johor Bahru.

LAWATAN KUNJUNG HORMAT PPNJ BERSAMA JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI JOHOR.

PPNJ mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor di atas kesudian menerima kunjungan hormat kali ini yang secara langsung dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara PPNJ dan JPV Negeri Johor.

Lawatan PPNJ ini juga antara lain bertujuan membincangkan potensi kerjasama dalam bidang pembangunan ternakan dan keselamatan makanan. Selain itu, PPNJ juga dapat menambah maklumat terkini berkenaan program sokongan teknikal dan bantuan kerajaan kepada sektor ternakan.

Dalam lawatan ini juga PPNJ telah berkongsi beberapa projek untuk mendapatkan pandangan daripada pihak JPV Negeri Johor antaranya ;

– Projek ternakan lembu di Bukit Bujang.

– Projek Tenakan ayam di Bukit Geriba.

– Projek pemprosesan pellet makanan ternakan.

– Projek baru yang berpotensi untuk diterokai oleh PPNJ.

Delegasi PPNJ diketuai oleh Encik Mohd Faizal Bin Hailani ; Pengurus Besar PPNJ, Tuan Haji Md. Nizam Bin Jumadi ; Timbalan Pengurus Besar Operasi, serta beberapa orang anggota pengurusan PPNJ yang lain. Sementara pihak JPV Negeri Johor diketuai oleh Dr. Jamaliah Binti Senawi ; Pengarah Pegawai Veterinar negeri Johor bersama beberapa orang pegawai diperingkat JPV negeri Johor.

Secara keseluruhannya lawatan ini diharap menjadi platform berterusan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor ternakan di Negeri Johor. PPNJ merakamkan penghargaan kepada JPV Negeri Johor atas layanan mesra dan kerjasama yang telah diberikan dalam lawatan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *