Alhamdulillah, pada 11 September 2025 PeladangNita Negeri Johor telah berjaya menganjurkan Kursus Pengendalian dan Kualiti Makanan anjuran PeladangNita Negeri Johor yang bertempat di Pelican Hotel, Batu Pahat.
Kursus ini telah dihadiri seramai 87 orang peserta yang terdiri daripada ahli PeladangNita PPK-PPK Negeri Johor.
Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai:
Kaedah pengendalian makanan yang selamat dan bersih.
Standard kualiti makanan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kursus ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Noor Akhmazillah Binti Mohd Fauzi, Pensyarah Kanan dan Penyelidik, UTHM Malaysia, Prof. Madya Dr. Angzzas Sari Binti Mohd Kassim, Fakulti Teknologi Kejuruteraan UTHM Malaysia dan Puan Noor Syahrain Binti Hamzah, Penolong Pegawai Penyelidik MARDI Johor yang berkongsi pengalaman serta panduan praktikal bagi memastikan mutu makanan yang dihasilkan sentiasa berkualiti dan selamat dimakan.
Kursus ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Puan Juriah Binti Dahalan, Pegawai Peladang Daerah Batu Pahat. Turut hadir dalam majlis ini ialah Y.H. Dato’ Haji Ali Bin Shikh Ahmad, Pengerusi AJP PPNJ dan Puan Zarina Binti Mohamed Bain, Pengerusi PeladangNita Negeri Johor.
PeladangNita berharap para peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam perniagaan dan kehidupan seharian, seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat.
Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat dalam menjayakan program ini.





