Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) telah mengadakan Majlis Sejambak Budi, Seuntai Kenangan bagi meraikan persaraan anggota PPNJ.
Majlis yang berlangsung pada 30 September 2025, jam 12.00 tengahari di Wisma Peladang, Johor Bahru ini turut dihadiri oleh YH Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPNJ; En. FairulNizam bin Maskon, Pegawai Pendaftar LPP Negeri Johor; YBrs. En. Mohd Faizal bin Hailani, Pengurus Besar PPNJ; barisan Ahli Jemaah Pengarah serta warga kerja PPNJ.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas segala jasa, bakti serta dedikasi sepanjang perkhidmatan. Semoga insan yang diraikan terus diberi kesihatan, kesejahteraan dan keberkatan dalam kehidupan mendatang.
Pesara yang diraikan:
En. Ruslee bin Mahmood
Tempoh Perkhidmatan : 32 tahun 9 bulan
En. Azarol Arifin bin Alias
Tempoh Perkhidmatan : 25 tahun





