Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW PeladangNita Negeri Johor bersama PeladangNita PPD Muar Tangkak Segamat 1447H / 2025M telah berlangsung dengan penuh keberkatan pada hari Selasa, 7 Oktober 2025 bertempat di Dewan PPK Muar Selatan.
Majlis dimulakan dengan bacaan berzanzi dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sejurus itu, ceramah khas Maulidur Rasul pula telah disampaikan oleh Ustazah Hajah Noridah Binti Abd. Samad. Ceramah penuh pengisian ini telah memberikan banyak peringatan dan inspirasi kepada para hadirin untuk terus mencontohi keperibadian mulia Rasulullah SAW.
Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid dari PPK Muar Selatan. Puan Zarina Binti Mohamed Bain selaku Pengerusi PeladangNita Negeri Johor telah memberikan sepatah dua kata bagi menyampaikan ucapan terima kasih di atas sokongan hadirin kepada PeladangNita.
Antara tetamu yang hadir termasuklah Y.H. Dato’ Haji Ali Bin Shikh Ahmad; Pengerusi AJP PPNJ, Tuan Haji Mesbah Bin Yasak; Pengerusi PPK Muar Selatan, AJP PPNJ, AJP PPK, Puan Fazhanim Akmal Binti Mustafa; Timbalan PPD Muar Tangkak Segamat dan Encik Zulkifli Bin Naim; Ketua Bahagian Hal Ehwal Korporat, Teknologi Maklumat dan Pemasaran Digital PPNJ.
Semoga majlis ini menjadi wadah untuk kita memperkukuh iman, mempererat silaturrahim dan menanam kecintaan yang mendalam terhadap Rasulullah SAW.





