Album

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL AGRO JOHOR 2025

26 OKTOBER 2025

PARIT RAJA, BATU PAHAT

Alhamdulillah! Karnival Agro Johor 2025 (24-26 Oktober 2025) di UTHM, Batu Pahat, melabuhkan tirai hari ini!

Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor.

Dalam majlis sama Y.H Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad, Pengerusi Ahli Jemaah PPNJ telah mewakili PPNJ dan 20 PPK di negeri Johor untuk menerima Peruntukan Projek Pembangunan Pertubuhan Peladang Negeri Johor tahun 2025 berjumlah RM 8,305,300.00.

Seusai majlis perasmian YAB Menteri Besar Johor meluangkan masa melawat reruai pameran Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ).

Kunjungan YAB Menteri Besar Johor disambut oleh En. Mohd Faizal bin Hailani;Pengurus Besar PPNJ yang berkesempatan menyampaikan penerangan ringkas berkenaan aktiviti, peranan, dan produk-produk PPNJ dalam memacu tema karnival, “PERTANIAN INOVATIF, HASIL PRODUKTIF”.

Turut hadir ke reruai pameran PPNJ Ybhg. Tuan Haji Mohd Fauzi bin Badron Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) bersama-sama Encik Amiruddin bin Haji Bahar Pengarah LPP Negeri Johor.

Sokongan padu daripada kepimpinan negeri & LPP ini menjadi suntikan semangat untuk PPNJ terus komited memperkasa para peladang dan sektor pertanian di Negeri Johor khususnya.

Jumpa lagi di Karnival Agro Johor yang akan datang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *