Album

SINERGI PEMASARAN BERSEPADU PPNJ–PPK 2025

“Brainstorming Way Forward 2026”

📍 Amerald Resort Hotel, Pengerang

📅 4 Disember 2025

Pada malam tadi, para tetamu diraikan dalam Majlis Makan Malam sebagai pembuka tirai program dan ruang santai untuk mengeratkan hubungan serta menyemarakkan semangat kolaborasi antara PPNJ dan PPK.

Majlis turut disempurnakan dengan ucapan oleh Pengurus Besar PPNJ, Encik Mohd Faizal bin Hailani, diikuti sesi bual bicara strategik bersama semua pengurus.

Pagi ini, program diteruskan dengan Mesyuarat Jawatankuasa BTS Bersepadu PPNJ–PPK Bil. 317-12 2025, menghimpunkan kepimpinan pengurusan PPNJ dan PPK bagi membincangkan hala tuju strategik, penyelarasan operasi serta persediaan pemasaran menjelang tahun 2026.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Encik Che Zambri bin A. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pemasaran BTS Bersepadu PPNJ–PPK, dengan turut dihadiri oleh Pengurus Besar PPNJ, Encik Mohd Faizal bin Hailani, bersama barisan pengurusan yang terlibat.

PPNJ kekal komited memacu pemasaran produk dan perkhidmatan Peladang secara lebih terancang, bersepadu dan berimpak tinggi demi kesejahteraan ahli Peladang di seluruh Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *