Sunway Hotel Big Box, Iskandar Puteri
9 Disember 2025
Program hari ini menghimpunkan barisan Ahli Jemaah Pengarah PPNJ serta pengurusan PPNJ bagi membentangkan perancangan strategik lima tahun dan penyelarasan belanjawan, memastikan pembangunan PPNJ kekal selari dengan keperluan semasa dan hala tuju masa depan organisasi.
Majlis turut dihadiri oleh YH Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad, Pengerusi AJP PPNJ; Ybrs. En. Mohd Faizal bin Hailani, Pengurus Besar PPNJ; barisan Ahli Jemaah Pengarah PPNJ; serta barisan pengurusan PPNJ yang turut bersama menjayakan sesi ini.
Sesi pembentangan ini menjadi platform penting untuk memperkukuh koordinasi, menilai prestasi semasa, dan merangka strategi baharu yang lebih mampan serta berimpak tinggi.
PPNJ kekal komited memacu kecemerlangan melalui perancangan yang teratur, bersepadu dan progresif bagi memastikan setiap langkah ke hadapan memberi nilai tambah kepada komuniti peladang serta keseluruhan ekosistem pertanian negeri.





