Album

MAJLIS SETULUS BUDI, SEINDAH KASIH PELADANGNITA NEGERI JOHOR 2025

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir memeriahkan Majlis Setulus Budi, Seindah Kasih Peladangnita Negeri Johor yang berlangsung pada 11 Disember 2025 bertempat di Pelican Hotel, Batu Pahat.

Majlis telah disempurnakan oleh YH Dato’ Hj Ali bin Shikh Ahmad, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPNJ.

Turut hadir En. Mohd Fahd bin Kassim, Timbalan Pengurus Besar Pemajuan selaku wakil rasmi Pengurus Besar PPNJ, barisan Ahli Jemaah Pengarah PPNJ, serta seluruh Pengerusi Peladangnita PPK Negeri Johor.

PPNJ merakamkan setinggi penghargaan atas komitmen, sumbangan dan peranan Peladangnita dalam memperkasa komuniti peladang dalam kalangan wanita di seluruh negeri Johor sepanjang 2025. Semoga ukhuwah, dedikasi dan semangat perjuangan ini terus subur dalam membina kecemerlangan sektor pertanian negeri khususnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *