17 Disember 2025
Wisma Peladang, Johor Bahru
Majlis dimulakan dengan Bacaan doa dan lafaz Ikrar dan seterusnya ucapan oleh Ybrs. Encik Mohd Faizal bin Hailani Pengurus Besar PPNJ yang menekankan Halatuju Strategik PPNJ bagi tempoh lima (5) tahun, 2026–2030, selaras dengan aspirasi organisasi dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan prestasi operasi serta memacu daya saing PPNJ secara mampan.
Dalam majlis yang sama, PPNJ turut meraikan ulang tahun kelahiran YH Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPNJ, serta warga PPNJ yang lahir pada bulan Oktober, November dan Disember sebagai tanda penghargaan dan kebersamaan dalam kalangan keluarga besar PPNJ.
Perhimpunan ini turut merangkumi penyampaian maklumat pengurusan dan lain-lain perkara berkaitan, sekali gus memperkukuh komunikasi dalaman serta semangat kerja berpasukan dalam merealisasikan sasaran strategik organisasi.





