PPNJ telah mengadakan lawatan kerja ke projek ternakan lembu PPN Perak sebagai usaha memperkukuh hubungan kerjasama serta berkongsi pengalaman dalam pengurusan projek ternakan.
Lawatan ini memberi peluang kepada PPNJ untuk melihat secara dekat operasi ladang dan pendekatan pengurusan ternakan yang dilaksanakan, di samping bertukar pandangan mengenai amalan terbaik dan cabaran semasa industri.
PPNJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PPN Perak atas kesudian menerima lawatan dan berkongsi pengalaman. Diharapkan jalinan kerjasama yang baik ini dapat diteruskan dan diperkukuh demi manfaat bersama.





