Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) telah mengadakan lawatan kerja strategik ke Sawit Kinabalu Livestock Integrated Centre, Tawau dan Ladang Tenusu Eco-Yap, Keningau sebagai usaha memperkukuh keupayaan organisasi dalam pembangunan sektor ternakan lembu secara bersepadu.
Lawatan ini memberi pendedahan berkaitan pengurusan ternakan feedlot, breedlot dan tenusu, termasuk amalan terbaik operasi, pemakanan ternakan serta potensi kerjasama strategik industri.
Inisiatif ini selari dengan hala tuju PPNJ dalam memperluaskan portfolio agromakanan yang mampan, berdaya saing dan berorientasikan nilai tambah jangka panjang.





