6 Mac 2026
Wisma Peladang, Johor Bahru
MAJLIS IHYA RAMADAN DAN KHATAM AL-QURAN 1447H / 2026
Alhamdulillah, Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) telah menganjurkan Majlis Ihya Ramadan dan Khatam Al-Quran 1447H / 2026 sebagai pengisian rohani dalam mengimarahkan serta menyemarakkan keberkatan bulan Ramadan yang mulia.
Pengisian majlis dimulakan dengan solat Asar berjemaah yang dipimpin oleh YBhg. Ustaz Dr. Hj. Mohd Azman bin Mohsin, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi, Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI), diikuti dengan majlis khatam Al-Quran, seterusnya berbuka puasa bersama, dan diteruskan dengan solat Maghrib, Isyak serta solat Sunat Terawih secara berjemaah.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YH Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPNJ bersama barisan Ahli Jemaah Pengarah PPNJ; En. Amiruddin bin Haji Bahar, Pengarah LPP Negeri Johor; Mohd Faizal bin Hailani, Pengurus Besar PPNJ; Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK-PPK, Pengurus Besar PPK-PPK serta seluruh warga kerja PPNJ yang bersama-sama mengimarahkan majlis yang penuh keberkatan ini.
Sebagai simbol semangat kebersamaan dan gotong-royong, turut diadakan aktiviti memasak bubur lambuk yang bermula seawal jam 11.00 pagi di perkarangan leret kenderaan Wisma Peladang, sekali gus menambahkan lagi kemeriahan suasana Ramadan.
Semoga penganjuran majlis ini menjadi ruang untuk meningkatkan keimanan, mempereratkan silaturahim serta menghidupkan penghayatan Ramadan dalam kalangan warga peladang.








